Friday, April 16, 2010

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

shock Pictures, Images and Photos ...khusus kpd insan bernama lelaki... suami... dan... dot dot dot !

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.
Ashamed - Male Pictures, Images and Photos

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari...

Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah" Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat.

Pagi esoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi
Brush teeth Pictures, Images and Photos dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan.

Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah.

Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Kemudian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.
COOKING Pictures, Images and Photos

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran.

Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh.
Crying Child Pictures, Images and Photos Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.

Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur..... dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai... Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat.

Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu..... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan.
tired Pictures, Images and Photos
Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja" Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."
pregnant man Pictures, Images and Photos

Whatttt???... 9 bulan 10 hari??? .....Beranaaak???.......Waaaaaa... tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!! ~~~~~


"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....?? shock Pictures, Images and Photos"
Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "

Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....." Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah.... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........
emoticon Pictures, Images and Photos

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so, suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda.. "

5 comments:

  1. setiap insan ada fitrahnya yang tersendiri...suami dan isteri saling memerlukan, kerana jika bersendiri, mereka tak mampu melakukan semuanya =)

    ReplyDelete
  2. so mne lg bez?? jd istri or jd suami?? hehe

    ReplyDelete
  3. aha..kalo pompuan jdk isteri la...
    kalo laki jdk suami..
    da fitrahnye cmtu..

    ReplyDelete